Subhanallah, alhamdulillah, allahhuakhbar..
Lafaz bicara kesyukuran dilantunkan buat Pemilik Dunia, alhamdulillah. Kita sentiasa dalam peliharaanNYA. Alhamdulillah, ALLAH tak pernah tinggalkan kita, setiap saat akan DIA hadirkan insan-insan yang sentiasa memberi peringatan pada kita tentang hakikat dunia sementara ini. Terima kasih ALLAH. Entah kenapa malam ni hanya terasa mahu menangis. Cuba menyeka airmata yang meluncur laju ke pipi, namun tetaplah ia mengalir tanpa henti.
Merenung sejenak, terkenang dunia tika ini. Bermacam-macam. Masalah ummah, masalah sahabat-sahabat kaum Hawa. Ya ALLAH, terasa mahu menangis lagi. Jika dihitung dunia semakin tua, semakin ampuh kedudukannya. Dunia di akhir usia. Dan kadar waktu tetap berputar mengikut arus masanya. Dan kita? Apakah masih di takuk lama? Sedang peringatan dariNYA sentiasa muncul tiba? ALLAH, ALLAH, ALLAH. Kadang-kadang terbaca post-post mengenai perjuangan. Perjuangan untuk Islam, tetapi sejauh mana kita melaksanakannya? Gusarnya hati ini, bimbang andai pena saja yang galak menukil menyantun puisi, sedang jiwa masih tercari-cari makna diri. :'(
Ya ALLAH, tetaplah pelihara hati kami, teguhkan iman di hati kami, moga tak terlafaz hanya di ulas bibir sahaja, namun jiwa bangkit melaksanakannya.
Duhai permata-permata Islam, ayuh kita teliti bumi saat ini. Cari di mana ruangnya kita perlu isi, bukan tergadah menggapai hala tuju yang menjerumuskan diri. Bangkitlah, berjuanglah, berdiri dengan penuh gagah, melangkah dengan penuh istiqomah, demi Islam, demi Rasulullah, demi ALLAH!! Diri kita musafir, kadang-kadang rebah di perjalanan, kabur destinasi yang dituju. Lantas tautan ukhwah merealitikan segalanya. Hakikat kembara sufi memang sukar kerana noda tak henti-henti bertapak di hati. Ya ALLAH, kami tak mampu menjaga hati ini andai Engkau tak iringi langkah kami ini dengan kekuatan. :'(
Ya ALLAH, pabila mencintaiMu itu indah, aku tak ingin berpaling lagi, tapi dugaan dan ujian tetap bersilih ganti, menguji keimanan yang diberi, aku takut tersungkur terus mati, kelak dihadapanMu apa yang akan ku jawab nanti? Ku bermonolog dalam hati, tentang diri sendiri, yang terbaring sepi, di dunia fana ini, menunggu jemputanMu ILAHI, untuk menunaikan janji yang terpatri! Ku kini sedang bertarung di medan tempur ini, darah dan air mata tagihannya kini, aku tak mahu jadi begini, jadi ahli perang yang terpasak ego di hati, terpasak sombong di diri, biarlah ku bentengi iman dengan rendah hati, taqwa dan juhud berada di sisi, semoga Engkau ampuni banyaknya dosa ini, yang sentiasa menghijab diri, untuk melihat kebenaran yang hakiki! :'(
No comments:
Post a Comment