manisya UKHWAHFILLAH,ikhlasnya UHIBBUKIFILLAH.....^______^
UKHUWAHFILLAH, UHIBBUKIFILLAH
Ana sentiasa mencari makna "sebenar" “ukhuwahfillah”, yang bermaksud “ukhuwah kerana Allah”, dan “uhibbukifillah”, bermaksud “saya sayang kamu kerana Allah”. Tahun lepas sahaja, berpuluh-puluh kali kakak-kakak dan sahabat-sahabat mengungkapkan perkataan itu kepada ana. Secara jujurnya, ada antara perkataan yang diucapkan itu betul-betul menyentuh hati, dan ada juga yang hanya sekadar dibawa angin. Tetapi, apa yang pasti, ana sangat yakin sesuatu ungkapan itu, jika diungkapkan dari hati, ianya pasti menyentuh hati si penerima!
Ada yang mengeluarkan perkataan ’ukhuwahfillah’, tetapi ianya hanya terungkap apabila masing-masing berada dalam kumpulan yang sama. Apabila sahabat ini bukan lagi dalam kumpulan yang sama, hilang sudah ungkapan ‘ukhuwahfillah’ itu. Ada pula ‘uhibbukifillah’ ketika dalam keadaan masing-masing tengah gembira. Apabila sahabat itu bersedih, ‘uhibbukifillah’ itu menjadi suram, sesuram muka sahabat yang sedang bersedih. Semua ini ana perhatikan, langsung terlintas di fikiran ana, “Betul ke ini sebenarnya “ukhuwahfillah”, “uhibbukifillah”?
Tipu!”
Dek kerana pengalaman yang banyak mengajar, sukar untuk ana melafazkan ungkapan ‘uhibbukifillah’, ‘ukhuwahfillah’ itu. Kerana, ana bimbang diri sendiri terjerat oleh lidah yang lancar menuturkan kata-kata. Kata-kata yang keluar tanpa disertakan dengan roh “..kerana Allah Ta’ala” itu. Tapi itu tidak bermakna ana tidak sayang pada sahabat-sahabat sekeliling, cuma ana mahu berhati-hati dalam perkataan yang dikeluarkan. Kelak,
lidah ini yang akan disoal oleh Allah SWT, sejauh mana diri ini ‘wallk the talk’.
UKHWAHFILLAH ITU INDAH.....
Perkataan “…kerana Allah” itu sendiri membuatkan ana bermonolog dalaman. “Berat tu…sebab ianya ‘kerana Allah Ta’ala’…”. Kemudian, ana bertanya kepada diri, “Kenapa kata berat?”. Diri menjawab,“Sebab kadang-kadang kita lupa apa yang kita buat tu perlulah di niatkan ‘kerana Allah Ta’ala’..”. Melihat sahabat membuat kesalahan, hati terkadang takut untuk menegur, kerana? Mahu jaga hati. ana terfikir, “Tak boleh ke sambil jaga hati tu, sambil tu kita jaga juga sahabat kita daripada melakukan sesuatu yang dilarang Allah?”..”Boleh! Cuma perlu lebih mujahadah. Yakin pada pertolongan Allah SWT!”
Apa yang ana faham dengan frasa “…kerana Allah Ta’ala” tersebut? ana selalu berfikir tentang frasa tersebut. ana berpegang pada satu jawapan, “Melakukan sesuatu kerana Allah Ta’ala itu adalah, apabila anda melakukannya, ianya mendapat ganjaran pahala, redha dan keberkatan-Nya.” Itu yang ana pegang.
Macam mana tu?
Masa berjalan, dan semestinya hidup manusia ini penuh dengan ujian dan cabaran. Disebut oleh-Nya dalam Al-Quran, pada Surah Al-Mulk, ayat 2,
“Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun,”
Sepanjang tahun , ana dapat merasakan hampir setiap minggu, Allah SWT menunjukkan kepada ana, apa dan bagaimana “ukhuwahfillah” dan “uhibbukifillah” itu sebenarnya.
Satu hari ana dan sahabat bergurau. Mungkin pada masa itu, ana tidak sensitif dengan keadaan semasa sahabat ini, tanpa sedar, ana telah memerli sahabat ini. Niat ana tidak lebih, hanya untuk bergurau. Tapi mungkin tidak kena tempat. Kemudian, sahabat ini berkecil hati. Dia tidak memberitahu kepada ana yang dia berkecil hati, tetapi, ana sendiri dapat mengagak daripada tingkah laku dan perbuatannya. Sebagai sahabat, sudah pasti ana terasa bersalah. Sungguh, terasa sangat kekok. Kami yang selama ini rapat, tiba-tiba selepas perkara itu, intonasi percakapan menjadi tegas dan tidak lagi mudah untuk bergurau.
Ana mula bersangka-sangka. Astaghfirullahal’azim..... Langsung, peringatan daripada Allah SWT tiba,
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang." (Al-Hujarat , ayat 12)
Terdetik di dalam hati ana, “Allah SWT sedang menguji sejauh mana dahulunya ana kata pada dia, ‘uhibbukifillah’! Zahirkannya sekarang. Jangan hanya pandai bermain dengan kata-kata, menyedapkan bicara, hakikatnya, fitnah semata.”
Abi pernah berpesan, “Hidup kat dunia ni, kalau sombong dan berlagak, sampai bila-bila orang tak suka.”Jadi, ana jadikan itu sebagai peringatan kepada diri. Lagipun tak salah untuk kita memulakan perbicaraan, mencari titik penyelesaian kepada permasalahan. Dalam masa yang sama, ana sentiasa mengingatkan diri,“Tegur kerana sayangkan sahabat , kerana Allah SWT! Jadi, teguran tu kenalah keluar dari hati yang betul-betul ikhlas, untuk membetulkan kesalahan. Bukannya teguran memerli yang akhirnya akan menimbulkan kebencian di hati sahabat......insyaALLAH....ana cuba yang terbaik.....
Ukhuwahfillah, disandarkan kerana Allah SWT. Pada ana sesuatu yang disandarkan pada Allah SWT itu adalah suatu yang suci, jauh daripada noda dosa. Sekaligus, ia sebenarnya adalah sejauh mana kita mahu bersama-sama sahabat kita dalam mencapai redha Allah SWT, yang akhirnya syurga Allah menjadi tempat tujuan bersama.
Bagaimana ana terinspirasi tentang ukhuwahfillah, uhibbukifillah ini?
Satu hari, seorang wanita berbangsa Jerman, penganut agama Kristian. Dia berkata, “Saya sedih melihat sahabat saya yang tiada agama (atheist). Saya nak mereka tahu tentang kewujudan Tuhan. Saya nak mereka sama-sama masuk syurga!”
Allahuakbar! Ana terdiam mendengar kata-kata itu, langsung memuhasabah diri, sejauh mana ana berusaha untuk bersama-sama rakan-rakan ana, dalam menuju syurga Allah? Sedangkan ana kata, ana sayang mereka kerana Allah??...^_^
Alhamdulillah, daripada Allah SWT juga segalanya!
No comments:
Post a Comment