~senyumanmu~ senyuman yang membahagiakan senyuman yang menceriakan senyuman yang mempersonakan satu senyuman mengubat pedih luka di hati satu senyuman menghilangkan sunyi yang bertandang di jiwa satu senyuman penyeri dan membawa bahagia ku rindukan senyuman yang sarat keimanan senyuman yang penuh ketabahan senyuman yang meredah seribu kepayahan walau seberat mana ujian senyuman pasti terukir di wajah betapa indah senyuman yang sarat keimanan.
Andai seorang jatuh ke lembah neraka, kan bersama terjun menggapai tangan berpimpingan menuju ke syurga abadi.

Tatkala diri menerima SMS, message di FB oleh segenap sahabat.

Air mata jatuh, setitis. Sepertinya hatiku juga sedang menangis.

Sahabatku, aku juga rindu kamu. Bahkan tersangat rindu. Andai sahaja kau tahu betapa aku rindu waktu kita dahulu. Andai sahaja kau tahu ada sahamnya kamu dalam setiap tadahan tanganku. Andai sahaja dapat aku memberitahumu.

Kau kata, kau malu. Malu dengan diriku waktu ini. Malu dengan penampilanku serupa ini. Malu dengan sifatku sekarang ini. Aku sudah berubah. Malah sudah jauh berubah. Sedangkan kau masih di tempat yang sama setelah sekian lama.

Sahabatku, aku pinta. Jangan malu denganku. Malulah kamu dengan Tuhan kita. Kerana aku juga sepertimu. Seorang insan biasa, seorang hamba kepada Tuhannya. Aku ini tiada istimewanya. Aku hina. Banyak dosanya. Tidak terhitung jika mahu dikira setiap satunya.

Aku punya pilihan. Aku pilih jalan ini. Aku pasti. Tidak akan pernah berpatah kembali. Tahu, kau juga punya pilihan. Pilihan untuk mengubah hidupmu. Kau juga boleh berubah. Seperti aku, seperti dia, seperti yang lainnya. Tiada apa yang mustahil. Cuma yang menentukan perubahan apa yang kau pilih. Jalan apa yang kau pilih untuk ikuti.

Kalau benar kau mahu berubah. Pasti akan ada pintu yang Tuhan buka untuk membantu. Pintu-pintu yang kau sendiri tidak sangka akan bertemu dari tempat yang tidak pernah kau tahu. Aku juga pasti, Tuhan akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersamamu. Dalam apa jua keadaan, mereka tetap akan teguh bersamamu. Menghulurkan tangan membantu, mengangkat apabila tersungkur, menyedarkan dari kealpaan indah dunia itu. Mereka yang akan bersamamu. Bersusah payah mempimpinmu untuk berubah.

"Jambangan ukhwah ini kan sentiasa mekar hingga ke negeri abadi"

Sahabat, andai sahaja kau tahu indahnya hidup ketika diri sujud menghadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu indahnya perasaan ketika ditemani dengan redha dan syukurmu terhadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu keindahan sebenar dunia apabila sentiasa ditemani bayangan mati.

Aku pasti. Bahawa kau tidak akan berlengah lagi. Kau tidak akan berkata sekejap lagi. Kau tidak akan tunggu tibanya nanti. Aku pasti. Kau akan bersujud tika ini. Kau akan memohon ampun saat ini. Kau akan redha atas ketentuan hidup yang diberi. Kau tidak akan pernah berniat untuk kembali kepada kehidupan indah lampau yang hanya berdasarkan duniawi.

Itu, aku pasti. Malah tersangat pasti. Andai sahaja dapat aku terangkan perasaanku ketika ini. Andai sahaja dapat aku berkongsi sedikit rasa hati. Andai sahaja dapat aku beri rasa indah ini. Pasti sudah aku beri. Pasti sudah aku kongsi. Aku mahu kau rasa perasaan itu. Perasaan indah mencintai Ilahi. Perasaan indah yang langsung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan yang langsung tiada tolok bandingnya.

Andai sahaja dapat aku kongsi.

Sahabat, aku mahu kau tahu. Kau sentiasa ada dalam doaku. Aku mahu kau tahu. Yang aku sentiasa mendoakanmu untuk menemukan jalan terindah dalam hidupmu. Aku mahu kau tahu, aku mahu jadi temanmu. Selamanya. Hingga ke syurga.

Ukhwah meniti redha Ilahi, menuju aj-jannah al-hakiki. Tidak kira dimana kalian berada, uhibbukum fillah sahabat-sahabatku. :')

CeritaHati : Bila iman mula bersuara, hati akan merintih derita, kerana perjuangan itu sudah termaktub ada pahitnya, agar di akhirnya kita akan menikmati manisnya syurga. Teruslah senyum walaupun payah. Ana rindu sahabat-sahabat ana :')

~*~Masa itu tak bisa diputar kembali. Walaupun segalanya sudah terbang menjadi memori, namun dihati sudah direkod akan tautan cinta ukhwah kerana Ilahi~*~

Nahnu Ansorullah

Nahnu Ansorullah,
Dibumi mana kita berada,
Allah telah memilih kita,
di atas semua yang lain,
untuk merasakan manisnya hidayah ini,

dan untuk terus tsabat di atas jalan ini.

Nahnu Ansorullah,
sesungguhnya jalan ini,
hanya untuk orang2 yang dipenuhi debu2 mulia dek jauhnya berjalan,
kiri dan kanannya penuh dengan mehnah ujian,
tapi tetaplah kita berpegang dengan tali Allah,
kuatkan keimanan kita padaNya.

Nahnu Ansorullah,
kerehatan adalah kelalaian seorang daie,
sibukkan diri kita dengan urusan dakwah,
sakitkan diri dengan sepak terajang jalan dakwah,
hingga kita tidak lagi merasai cinta pada dunia,
tetapi merasai kemanisan tarbiyah bersama,
dan nikmatnya Firdausi.
ameen, insyaAllah.

chenta nahnu ansorullah

Ana sudah mulai jatuh hati pada negeri Terengganu


assalamu'alaikum..
sudah
terlalu lama ana tidak mencoretkan sesuatu hanya bait-bait puisi yang lahir
dari sanubari ini menghiasi laman blog ana.Masa yang berlalu begitu pantas sehingga
ana tidak menyedari kehilangan masa itu..Sungguh ruginya diri ini. Terlalu
banyak yang ingin di kongsikan namun kesibukan ana menguruskan kehidupan
seharian yang bergelar pelajar tahun pertama sungguh menguji ana dalam bijak
menguruskan masa dengan sebaiknya. Namun lakaran bait-bait puisi yang ana
lampirkan di laman ini jua merupakan luahan hati sang faqir ini. buat yang sudi
baca...moga peroleh manfaat..kerna sesungguhnya segala dtg dariNya dan kembali
kepadaNya. Andai ada salah dan silap..mohon tegurannya..

Ana
sudah mulai jatuh hati pada negeri Terengganu ini, banyak pengalaman hidup ana
yang telah di lalui disini. Mungkinkah perjalanan hamba ini akan berhenti
disini sahaja atau masih ada ruang lain yang Allah sudah sediakan buat
hamba...Walau apa pun ana percaya setiap yang akan terjadi telah terjadi
ataupun sdg terjadi adalah terbaik buat ana kerna Allah beri apa yang hambanya
mampu untuk tempuhi..Ana serahkan seluruh hidupku untukMu..hanya Engkau yang
yang mampu membawa ku kemana di mana dan dengan siapa...aku akan terima dgn
redha...
usah fikirkan apa yang telah berlalu,
usah terlalu merancang apa yang bakal terjadi. Apa yang penting buatlah yang
terbaik pada masa saat dan detik ini. Wallhu'alam



hatiku sering kali berbisik....mampukah aku menjadi wanita s0lehah?? sedangkan aku hanya se0rang manusia biasa yang punya cacat dan cela.....tern0da dengan debu2 dunia.....punya kisah silam yang kelam,yang mampu membuat air mata bercucuran tatkala teringat pengalaman lepas yang telah aku tinggalkan....mampukah aku menggapai langit nan biru??
Di saat hati bersalut debu,ingin sekali aku l0ntarkan segala kenangan lalu! namun x berdaya....hny air mata yang mengiringi setiap saat kian laju...meninggalkan aku dalam kelalaian....bantulah aku ya ALLAH agar tabah menghadapi ujian hidup ini...
izinkan aku ya Allah!
meniti hari2 terakhir....menghabiskan sisa2 hidupku dengan menjadi wanita s0lehah....perhiasan terindah di dunia ini...tapi aku tidak mahu menjadi wanita punca fitnah terbesar bagi lelaki!
aku takut azabMu ya ALLAH...pimpinlah aku menuju jannahMu...amin ya Rabbal alamin.....^_^

Baitul muslim idamanku..^^

Baitul muslim idamanku..^^
suara hatiku !
biarlah... aku pasrah sahaja.
aku serahkan hati-hati tersebut hanya pada Allah taala.

biarlah..

*Pasti ada yang lebih baik.
*Pasti ada ketentuan yang lebih baik
*Pasti yang hancur itu akan berganti

aku redha..

telah ku pilih jalan ini dan....
tinggalkan semalam.

sungguh manusia itu sering mengecewakan.
apa yang menyatukan kita?

Hanya Allah.
Cukup hanya Allah.

manusia,
datang dan pergi.

datanglah.
pergilah.
kembalilah juga.
aku tidak kisah.


Ya ALLAH! Jadikanlah hatiku selalu mengingatiMu, Lidah yang basah senantiasa berzikir...
Fikiran yang sentiasa berpasak pada keagungan tuhan,
Indahnya.....

" Jika kita hendak mengukur cinta Allah pada kita, ukurlah betapa dalam cinta kita pada Allah."

Segala-galanya terletak pada diri kita sendiri.

ya ALLAH! berd0sanya diri ini...^_^

Ya Allah… berdosannya diri ini…Aku binggung Ya Allah… mengapa?? Mengapa?? Aku tidak mengerti dengan permainan dunia ini Ya Allah…

Hadirku hanyalah ingin memeperjuangkan sunnah dan suruhan MU Ya Allah… terasa berat benar ingin mengalas perjuangan ini dengan mehnah yang tak henti bertali harus menghentam diri…

Ya Allah aku memohon kepadamu… janganlah engkau jadikan setiap inci tubuhku sebagai fitnah dan tarikan nafsu, tetapi engkau jadikanlah ia sebagai benteng perisai Agamamu Ya Allah…

Ya Allah.. adakah perbuatan ku ini telah menguris hatinya… tiada tempat untuk aku mengadu melainkan mu ya allah, berat hati ingin mengatakan kebenaran walaupun iannya mengundang seribu kepahitan.

Ya Allah..aku tidak bersedia sekarang, aku tidak bersedia menghadapinnya, mengapakah ujian ini sebegitu berat tok ku menghadapinya ya Allah…

Ya Allah… aku tidak ingin melukainya, tapi aku hanya melakukan sesuatu hanya lah suatu kebaikan..tapi telah disalah ertikan…

Ya Allah… aku x larat… aku lemah untuk menghadapi ini semua…

Ujian hati sememangnya membebankan diriku Ya Allah, aku tidak berniat untuk menyakitinya… ya Allah..janganlah kebaikan yang ku lakukan menjadi punca api fitnah ya Allah…

Ya Allah..sungguh berat ujian fitnah dunia nie ya Allah… aku rela kehilangan kasih sayang makhlukmu ya Allah… tapi aku tidak rela kehilangan kasih sayangmu Allah.

Biarlah diri ini dicaci dan di keji, asalkan cintaMU bersemi dihati.

Ingin ku membawa diri, hilang seketika mencari ketenangan diri, tetapi dimana tempat ingin kutuju dalam membela diri ini… aku tidak tahu ya Allah…

Diri ini semakin hari semakin lemah ya Allah… aku rindu terhadapmu ya Allah, aku rindukan kalimat2 mu Ya Allah… hati ini sebak memikirkan perbuatan2 lalu terhadap hamba2mu yg lain ya Allah.

Kurasakan ingin cepat sekali ingin menemuimu ya Allah… ingin ku habiskan masaku di tempat pembaringan yang tiada siapa akan menganggu ku Ya Allah melainkan dengan izinmu…

Hati ini kotor ya Allah..hati ini penuh dengan maksiat ya Allah… hati ini sering lalai akan suruhan2 mu ya Allah.. bila diri ini sedih, baru ingin mengigati mu Ya Allah…

Ya Allah, betapa hinannya diri ini, sering melakukan noda dan dosa… hati ini seperti tidak terlintas engkau melihat diriku Ya Allah…

Ya rahman ya rahim… diri ini dah letih ya Allah memikirkan dunia mu Ya Allah…

Diri ini sudah hampir jatuh tersungkur kerana sering melupakanMu ya Allah…

Ya Allah..hati ini sedang sakit Ya Allah, engkau berilah kesembuhan iman segera dihati ini Ya Allah… berikanlah diriku kekuatan Ya Allah…

Tika saat ini kematian menjemputku, aku redha Ya Allah… biarlah kematian menutup segala pintu-pintu fitnah diriku di dunia ini…

Agar diriku merasa tenang… ya Allah…tika saat diriku meluahkan isi hati ini… biarlah airmata keinsafan ini menjadi saksi dihari perhitungan di akhir kelak nanti…

Moga roh diriku sentiasa bersemadi dengan tarbiah rohani...

Amin…amin... ya rabbal alamin.. =((

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu

Bertemu untuk mematuhi perintahMu

Bersatu memikul beban dakwahMu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan

dan keindahan tawakkal kepadaMu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agamaMu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..

WANITA S0LEHAH IDAMAN PARA MUJAHID...

WANITA S0LEHAH IDAMAN PARA MUJAHID...
Munajat Sang Musafir Wahai Tuhan kami.., jadikanlah cinta kami kepadaMu sebagai sesuatu yang paling kami sukai,..dan rasa takut kami padaMu sebagai suatu rasa yang paling dalam...putuskanlah segala ketergantungan dunia dari kami..dan gantilah dengan rasa rindu untuk berjumpa denganMu...jika Engkau memberikan kepada ahli dunia kesejukan harta mereka,..maka jadikanlah kesejukan bagi kami di dalam ibadah kami...Allahumma ameen...^^
Saya tak CEMBURU tgk wanita2 yang cantik … tapi saya TERLALU CEMBURU bila tgk wanita yang SOLEHAH berbanding diri saya… Saya ingin menjadi WANITA yang terindah di hadapan Allah s.w.t… Ameen!
Andai hari ini masih ada lagi.....

isilah ia dengan gerak kerja ISLAM yang mulia.

Andai hari ini dikau gembira,

tautkan kesyukuranmu pada Yang Maha Esa.

Andai hari ini engkau berduka,

lapangkanlah dada menerima percaturan dariNYA.

Andai esok dan seterusnya masih ada,

bersemangatlah dikau dan janganlah mudah berputus asa.

ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA.


Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, masih diberi nikmat iman dan ISLAM hingg kesaat ini.

ukhtiku sayang,

kalian adalah permata yang amat berharga.

ukhtiku yang dikasihi kerana ALLAH,
kehidupan adalah sebuah perjalanan yang penuh dengan ujian.

Setiap masa, ada saja ujian yang akan kita tempuh,

dan pastinya semua itu tak pernah kita duga.

Ujian, tak semestinya sesuatu yang buruk.

ujian berbentuk kesenangan juga sering kita hadapi.

Semua itu anugerah dari ALLAH untuk kita.

Adakah kita mahu mengeji pemberian ALLAH?

Adakah kita ingin menolak pemberian ALLAH kepada kita?

Layakkah kita untuk buat begitu?



ukhtiku yang dicintai,

jangan sesekali lupa pada ALLAH, rasul dan segala pesanan dari insan-insan tersayang.

carilah redha ALLAH dalam setiap masa.

Lakukan segalanya kerana ALLAH semata.

Insya'ALLAH, akan ada kemudahan bagi kalian nanti.


ukhti kesayangan,

sesiapa yang menolong agama ALLAH,

ALLAH pasti menolongnya. YAKIN!

Sebarkanlah dakwah seluasnya, semampumu.

Moga ALLAH memberkati segala usaha,

dan permudahkan segala urusanmu..






Salam sayang,Ukhti Siti Mariam..

Bismillah.. Tolong Beritahu Si Dia


Bismillah...Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

“Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya….


Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya….

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya…..

Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya….

Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa…

Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna…

Tapi bersahabatlah kerana Allah..

salam ukhwah


assalamualaikum saudara seakidah sekalian...
bertahun lamanya hati ini terdetik untuk sama-sama berada di medan ini, menggunakan pelbagai cara yang termampu, untuk meneruskan dakwah ISLAM di bumi ALLAH ini...

dan,baru hari ini, ana mampu untuk merealisasikan impian ana menggunakan blog sebagai antara salah satu medium dakwah ana...ALHAMDULILLAH, segala puji bagiNYA, yang MAHA MENGETAHUI, dan yang paling layak menerima pujian..ALLAHUAKBAR.

bi iznillah, ana akan cuba untuk meluangkan masa mengisi blog ini dengan pengisian2 yang insya'ALLAH, mampu memberi manfaat pada semua...

salam perjuangan fi sabilillah..ukhti siti mariam

Bukan lagi seperti dulu


Assalamua'laikum dan salam mujahadah buat semua.

Mujahadah mencari redha Tuhan sekalian alam.

Mujahadah melawan kezaliman demi menegakkan ISLAM.

Mujahadah mencari kasih sayang yang berkekalan.

ALLAHUAKBAR..

Pernah suatu ketika, seseorang berkata : "namamu adalah sinonim dengan sikap dan jiwamu.."

SYUHADA' : orang yang syahid...

Untuk menjadi anggota Syuhada', pastinya kena bermujahadah, JIHAD..... Dan ana menggelarkan diri ana sebagai MUJAHIDAH.. ya, ana memang mujahidah, yang selalu bermujahadah.. mujahadah mencari redha ALLAH, selalu saja dihujani dengan mehnah dan ujian.. mujahadah seorang mujahidah...

Bukan retorik semata-mata, bahkan ia adalah realiti..

"Kamu yang ku faham adalah sangat berjiwa besar kerana kau memiliki dua hati, satu hati untuk menangis dan satu lagi untuk bersabar dan memberikan kemaafan. Saat kau perlu menangis kerana bacurnya lontaran fitnah… Satu hati lagi tetap melontarkan kesabaran dan Cinta kerana Allah dan Agamanya (ukhuwwahfillah)"..

Benarkah??

Biarlah apa kata antum, tapi ana sendiri MEMBENARKAN kata-kata ini..

Semoga ALLAH sudi menganugerahkan nikmat iman dan ISLAM ini hingga ke hujung nyawa, amin.

Salam perjuangan...ukhti siti mariam





ALLAHU RABBI..

ana ada ALLAH.. ALLAH bukan milik ana sorang je. Tapi milik semua orang.. Tahu tak?

Kita ada 1 ALLAH je.. Berapa? SATU JE.. Kadang-kadang kita lupa ALLAH, padahal ALLAH ada satu je.. Kenapa?

hm, tak la.. ana tak lupa ALLAH.

betul ke tak lupa ALLAH? Kalau tak lupa ALLAH, kenapa suka buat sesuatu yang ALLAH murka?

Hmm, tak sengaja.. Ingat ALLAH, tapi nak buat jugak.. (tunduk/muhasabah)

ALLAH dekat je dengan kita.. Tapi macam mana kita boleh lupakan ALLAH?

Tak lupa, tapi, .... (speechless)

Ha, apa lagi alasan yang nak diberi?

tak tahu.. (menangis)


ALLAHUAKBAR..

**********


Jom, kembali ingat ALLAH, dekatkan diri kepadaNYA..

astaghfirullahal'azim.

astaghfirullahal'azim.

astaghfirullahal'azim.


Ya ALLAH, aku malu...

Aku malu sangat.

Walaupun zahirnya aku tampak kuat, tapi aku lemah sangat ya ALLAH.

aku tahu, KAU lebih tahu tentang itu.

AKU LEMAH ya ALLAH..

Lemah sangat..

KAU bantu aku ya ALLAH.

Aku memang perlukan bantuanMU ya ALLAH.


Ya ALLAH, aku malu ya ALLAH.

KAU selalu ada disamping aku, tapi aku...

aku selalu berprasangka denganMU.

hati ni, kadang-kadang menangis dengan ujianMU.

aku tahu, makin banyak ujian, makin erat hubungan kita..

Tapi, kadang kala, terduduk jugak.

selalunya, tersungkur jugak.


KAU setia disampingku, disisi semua orang.

Hmm, kadang-kadang aku cemburu..

Ya, cemburu bila ada yang lebih dekat denganMU.

Aku pun usaha jugak..

Aku nak sentiasa dekat denganMU.

KAU zahirkan kasih sayang dalam pelbagai bentuk.

Aku, mahu.. tapi, tak tahu caranya.

Aku usaha lagi.

Cari jalan untuk dekat denganMU.
insya'ALLAH, aku akan sentiasa usaha.
Aku pun nak jadi hambaMU yangterbaik jugak.
Sama macam orang lain.
Kalau orang lain boleh buat, kenapa tidak aku?
ALLAH kan milik semua?
Ya ALLAH, jangan biarkan aku seorang diri..
Ya ALLAH, kurniakan kepadaku dan insan-insan ini nikmat iman dan ISLAM berpanjangan.
berikan kekuatan kepada kami untuk menghadapi ujian dariMU.
kami dambakan syurgaMU.. Bantu kami, bimbinglah kami ya ALLAH..
aminnn....
***********************



:-> Agar-agar Laici Susu



Resepi Agar-agar Laici Susu

Bahan-bahan
  • 20 gram solid agar-agar
  • 1000ml air + air laici dalam tin
  • 200 gram gula
  • 600 ml fresh milk
  • 1 tin laici
Cara-cara :
  1. Rendam sekejap agar-agar supaya lembut.
  2. Masukkan agar-agar dan air ke dalam periuk dan masak sehingga agar-agar hancur.
  3. Masukkan gula dan air laici. Kacau sehingga hancur.
  4. Kemudian masukkan fresh milk dan laici yang telah di hiris halus. Kacau dan bila mendidih tutup api.
  5. Masukkan ke dalam acuan dan biarkan beku.
  6. Sejukkan di dalam peti ais.
  7. Semasa menghidang letakkan beberapa biji laici yang bulat di atas agar-agar sebagai hiasan. Selamat Mencuba!

Saturday, May 08, 2010

Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan. Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin. Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang.

Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya , jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah Taala serahkan kita kepada manusia.

Mua’dz ra berdoa sebelum kematiaannya: “Aku mencintai hidup hanya untuk tiga perkara iaitu untuk berpuasa di siang hari, untuk qiammullail di malam hari dan untuk berkumpul dengan para ulama”.

Carilah kesibukkan di antara terlopong masa dengan pekerjaan, daripada sesenang pekerjaan yang dikira ibadat yang boleh menghasilkan pahala.. ameen

No comments:

Post a Comment