Thursday, December 27, 2012
Thursday, November 29, 2012
Subhanallah, alhamdulillah, allahhuakhbar..
Lafaz bicara kesyukuran dilantunkan buat Pemilik Dunia, alhamdulillah. Kita sentiasa dalam peliharaanNYA. Alhamdulillah, ALLAH tak pernah tinggalkan kita, setiap saat akan DIA hadirkan insan-insan yang sentiasa memberi peringatan pada kita tentang hakikat dunia sementara ini. Terima kasih ALLAH. Entah kenapa malam ni hanya terasa mahu menangis. Cuba menyeka airmata yang meluncur laju ke pipi, namun tetaplah ia mengalir tanpa henti.
Merenung sejenak, terkenang dunia tika ini. Bermacam-macam. Masalah ummah, masalah sahabat-sahabat kaum Hawa. Ya ALLAH, terasa mahu menangis lagi. Jika dihitung dunia semakin tua, semakin ampuh kedudukannya. Dunia di akhir usia. Dan kadar waktu tetap berputar mengikut arus masanya. Dan kita? Apakah masih di takuk lama? Sedang peringatan dariNYA sentiasa muncul tiba? ALLAH, ALLAH, ALLAH. Kadang-kadang terbaca post-post mengenai perjuangan. Perjuangan untuk Islam, tetapi sejauh mana kita melaksanakannya? Gusarnya hati ini, bimbang andai pena saja yang galak menukil menyantun puisi, sedang jiwa masih tercari-cari makna diri. :'(
Ya ALLAH, tetaplah pelihara hati kami, teguhkan iman di hati kami, moga tak terlafaz hanya di ulas bibir sahaja, namun jiwa bangkit melaksanakannya.
Duhai permata-permata Islam, ayuh kita teliti bumi saat ini. Cari di mana ruangnya kita perlu isi, bukan tergadah menggapai hala tuju yang menjerumuskan diri. Bangkitlah, berjuanglah, berdiri dengan penuh gagah, melangkah dengan penuh istiqomah, demi Islam, demi Rasulullah, demi ALLAH!! Diri kita musafir, kadang-kadang rebah di perjalanan, kabur destinasi yang dituju. Lantas tautan ukhwah merealitikan segalanya. Hakikat kembara sufi memang sukar kerana noda tak henti-henti bertapak di hati. Ya ALLAH, kami tak mampu menjaga hati ini andai Engkau tak iringi langkah kami ini dengan kekuatan. :'(
Ya ALLAH, pabila mencintaiMu itu indah, aku tak ingin berpaling lagi, tapi dugaan dan ujian tetap bersilih ganti, menguji keimanan yang diberi, aku takut tersungkur terus mati, kelak dihadapanMu apa yang akan ku jawab nanti? Ku bermonolog dalam hati, tentang diri sendiri, yang terbaring sepi, di dunia fana ini, menunggu jemputanMu ILAHI, untuk menunaikan janji yang terpatri! Ku kini sedang bertarung di medan tempur ini, darah dan air mata tagihannya kini, aku tak mahu jadi begini, jadi ahli perang yang terpasak ego di hati, terpasak sombong di diri, biarlah ku bentengi iman dengan rendah hati, taqwa dan juhud berada di sisi, semoga Engkau ampuni banyaknya dosa ini, yang sentiasa menghijab diri, untuk melihat kebenaran yang hakiki! :'(
Wednesday, August 17, 2011
wanita solehah
wanita solehah...
p/s:ana ingin meminta sedikit masa untuk antum meluangkan waktu menghayati post ana ini..moga2 perkongsian ini menjadi renungan bersama untuk muslimah2 solehah miliK ALLAH..insyaALLAH..
Assalamualaikum w.b.t
bissmillahirahmanirahim.........terlebih dahulu sebelum bait bicara terus menari nari bersama rentak jemari yang lancar berpijak pada papan kekunci , ana ingin memohon seribu kemaafan kepada semua muslimah2 niqabi yang membaca coretan pada kanvas ini yang terasa hati dengan ayat2 yang terlukir pada kanvas yang tidak bernyawa nie..
"dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang2 jahiliyah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan rasulNya. sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara2 yang mencemarkan diri kamu wahai "ahlulbait" dan hendaklah membersihkan kamu sebersih bersihnya (dari segala perkara yang keji)"
-surah al-ahzab:33
ana bukan nak cari kesalahan kalian sebenarnya tapi ana berkongsi mengikut pengalaman dan mengikut luahan hati niqabi nisa' yang betol2 menjaga syariatnya..
pada awalnya ana mengupload gambar ana sbg profile, kerana gambar y di upload sebagai pic profile adalah mempamerkan 'kesolehan' diri,ramai yang add na sebagai friends tanpa perlu ana mengadd mereka...
semakin berjalan waktu,semakin dapat ana perhatikan yang mejoriti yang cuba menjadi sahabat ana di fb adalah golongan muslimin.. yang kebanyakannya sedang menuntut di mesir,jordan dan negara2 para nabi yang len... di samping itu jugak dari pondok2 dan pelajar aliran dari aliran agama dan juga tahfiz...
kerana gambar yang terpamer adalah gambar yng menampakkan 'kesolehan' diri, sampai ada yag berani melamar ana di dalam laman sosial fb nie dan ada yang sampai terlalu obses.. semakin lama ana semakin sedar bahawa memasukkan gambar ke dalam fb adalah satu tindakan yang kurang bijak dan itu seolah2 sengaja merendahkan martabat diri sebagai seorang niqabi...
kerana peristwa demi peristiwa itu,ana menjadi khilaf dan mengambil tindakn untuk memprivtekan semua album dan jugak memadamkan gambar agar tiada yang mampu melihatnya lagi...
selepas itu ana merujuk kepada ustaz ana... dan ustaz kata ana telah berbuat sesuatu yang salah apabila memasukkan gambbar ke dalam akaun sosial macam tu kerana ia akan mempengaruhi diri ana sebagai seorang yang hafaz...
boleh jadi ana boleh terjebak didalam perkara maksiat seperti zina hati dan mata.. apabila ajnabi melihat gambar itu,walaupun gambar tu tertutup rapi dengan aurat yang terjaga,muslimin yang berkeinginan untuk memperisterikan seorang niqabi boleh jadi akan merenung gambar itu kerana perasa hati yang mula teruji dek kerana sekeping gambar...justeru itu,selepas ana memadam semua gambar ana di dalam laman itu,Allah tunjukkan kepada ana bagaimana rasa kecewanya apabila niqabi nisa' dengan sesuka hatinya memasukkan gambar ke dalam laman sosial tanpa di privatekan gambar itu.. malah sampai ada muslimin2 yang puji melambung tinggi...
sedar ataupun tidak,apbila ada muslimin yang memuji muji keadaan niqabi itu dengan menyatakan
"anti nampak solehah"
"ana menginginkan zaujah seperti ni"
"sejuknya mata memandang"
"tenangnya melihat kamu"
dalam sedar mahupun x,hati niqabi yang mendapat kata2 nie dari seowg muslimin akan menlonjat lonjat gembira kerana diri telah berjaya menarik perhatian ajnabi yang mungkin pada pandangan muslimah itu tergolong dalam kalangan 'soleh'...
oleh itu,mereka akan semakin rancak untuk meng'upload'kan gambar2 mereka semata mata ingin mendapatkan lagi kata2 seperti itu...malah apabila ada niqabi yang rasa bertanggungjawab untuk menegur silapnya muslimah itu,pada awalnya niqabi yang ditegur seolah olah mampu menerima teguran itu tapi pada hakikatnya hatinya langsung x terusik walaupun muslimah yang menegur itu mengatakan "martabat anti menjadi rendah apabila mempamerkan dengan sengaja"...
itulah hakikat kehidupan sekarang.. ramai yang mula tergerak untuk berniqab tapi sedarkah mereka apa tujuan niqab yang sebenar...????
berniqab sekarang nie bagaikan menjadi satu trend dan ikutan bukan dipakai kerana ingin mngelak daripada di pandang ajnabi...
adakah kalian berniqab kerana ingin dipandang sebagai muslimah solehah...???
adakah kalian berniqab kerana ingin menarik perhatian ajnabi soleh..????
adakah kalian berniqab kerana mahukan pandangan yang bek di kaca mata manusia..???seandainya kalian menjawab ya untuk semua soalan di atas,sebaiknya kalian jangan meneruskan niat kalian untuk berniqab kerana kesannya akan menimpa sama mereka yang berniqab kerana ALLAH S.W.T..
tindakan kalian akan membuatkan pandangan negative masyarakat kepada golongan yang berniqab..
"dan apabila kamu ingin meminta sesuatu daripada isteri2 nabi,maka minta di sebalik tabir"
-Al ahzab-firman diatas merujuk kepada para sahabat... perkataan 'isteri2' nabi merujuk kepada semua wanita yang ada.. ingatlah wahai muslimah sekalian,kalian x sepatutnya mempamerkan diri kalian kerana apabila ia dilakukan dengan sengaja semua itu akan jatuh hukuum HARAM...
inginkan kalian seandainya ada adam yang tewas kerana kalian..????
inginkah kalian seandainya keimanan mereka tergugat dek melihat dan menatap gambar kalian dengan penuh minat..????
pastinya xnak bukan..???
seandainya xnak,kenapa perlu mempamerkan gambar solehah kalian di dalam laman sosial dan sebagainya..???
fikir2kanlah jauh kehadapan duhai niqabi sekalian...
apabila kalian tersedar dari mimpi ini,kalian akan terasa sangat menyesali tindakan kalian ini...
duhai niqabi sekalian,
ana ingin berkongsi pendapat seorang ustaz ana yang sangat soleh orangnya...
Alhamdulillah beliau telah dikurniakan seorang zaujah yang sangat solehah kerana kesolehan dirinya...
ana berbincang panjang dengannya tentang niqabi nisa' sekarang dan bagaikan berteka teki beliau tanya kembali kepada ana.."antara permata yang terdedah dan permata yang tersembunyi,yang mana anti nak beli..???"
xberfikir panjang,pastinya ana menjawab permata yang tersembunyi...
bila ana menjawab sedemikian ada sebaris senyuman terukir di bibir ustaz dan zaujahnya...
lantas dye menjawab"seandainya itu jawapan anti,begitu jugaklah jawpan kami"
ana bagaikan terpinga pinga.. xmampu menangkap mksd bicara ustaz ana masa tu...
bila dahi ana kelihatan berkerut2,us dan zaujahnya mampu meneka yang ana masih x mampu memahami lantas us terus bersuara
"permata yag terdedah sering dilihat owg manakala permata yang tersembunyi sangat sukar dilihat owg.. maknenya permata yang tersembunyi itu sangat tinggi nilainya berbanding permata yang terpamer... justeru itu permata yang terdedah dengan pemata yang tersembunyi boleh dikaitkan dengan niqabi yang mempamerkan diri dengan sengaja dan yang sangat menyembunyikan dirinya..
niqabi yang mempamerkan dirinya dengan sengaja seperti didalam laman sosial itu dirinya sendiri sebenarnya telah membuatkan ajnabi yang betul2 menjaga imannya menganggap nisa' itu tidak begitu bernilai walaupun berniqab sebaliknya walaupun mempunyai akaun sendiri namun dirinya x pernah dibiarkan terpamer di dunia realiti apatah lagi di dunia maya,itulah permata dan nisa' yang sangat tinggi nilaiannya... mungkin ya akan ada yang menyatakan mereka 'solehah' tapi sbagai seorang muslimin,ana tahu bagaimana hati muslimin tu berbicara..percayalah,lebih baik tersembunyi daripada terdedah kerana kelak nisa' yang tersembunyi itulah yang menjadi idaman semua muslimin daripada yang terpamer.. mana ada muslimin yang inginkan seorang zaujah yang suka menonjolkan diri kerna bagi setiap muslimin seandainya zaujahnya terlalu menonjol,kelak hati mereka sendiri akan sengsara kerna si jantung hati mempunyai ramai peminat... dan ingatla, seandainya berniqab tapi mempamerkan diri sesuka hati tanpa memikirkan kesannya,mereka itu bukanla golongan muslimah sebaliknya perempuan.. fahamila perempuan dan muslimah adalah dua kelompok nisa' yang berbeza... kalau x berniqab dan x berjilbab labuh tapi dye jaga apa yang telah islam tetapkan,nisa' itu tergolong dalam kelompok muslimah tapi seandainya berniqab,berjilbab labuh semuanya jaga kecuali suka mempamerkan diri di hadapan khalayak terutamanya di laman maya,nisa; itu sudah pun tergolong dalam kalangan perempuan sahaja bukan muslimah yang dinyatakan..."
apabila us selesai berbicara,hati ana bagaikan di sentak.. bagaikan ada manik2 jernih mula menakung di persisiran 'pantai'..
YA ALLAH... begitu rupanya.. terasa sangat insaf dan begitu khilaf...
Allah telah menyedarkan ana sebelum ana hanyut diulik bisikan syaitan yang terus membisik dan meracuni anak cucu cicit adam dan hawa...
dengarilah duhai anak2 solehah....
muhasabahkanla kembali apa tujuan kalian berniqab...
sedih ana melihat gambar kalian terpampar begitu sahaja..
gelisah ana pabila ada muslimin yang memberi bicara....
dengarilah wahai mujahidah..
tiada guna diri terpamer cantik dihadapan masyarakat tapi x cantik di hadapan AllAH...
pandangan manusia sekadar di dunia tetapi pandangan ALLAH membawa kesyurga.. renung2ilah...
akhir qalam dari ana sebagai seorang hamba ALLAH yang dhoif, maafkan ana seandainya bicara ini mengguris hati.. maafkan ana seandainya bicara ini terlalu lancang.... tujuan ana hanya ingin kalian berfikir panjang... kalian sebenarnya merendahkan martabat diri kalian sebagai niqabi kerana mempamerkan dengan sengaja.. kalian seorang gadis,sepatutnya ia di jaga rapi bukan di dedah sesuka hati... seandainya kalian seorang zaujah,ana xkisah kerana hak kebenaran untuk mempamerkan itu ada pada zauj kalian.. dan renungilah sedikit sebanyak bicara ustaz ana.. mahukah kalian tergolong didalam kalangan berniqab tapi bukan muslimah..???
renung2kanla...Wednesday, April 13, 2011

Tuesday, April 12, 2011
kErNa ku mEnyAyaNgiMu,sAhAbAt!

Friday, April 01, 2011
Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami ☆¨¯`♥

Sekiranya kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah!
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..
~ dari buku ‘Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul’ – Fatimah Syarha
Tuesday, February 22, 2011
bukan sedikit...
Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, ALLAH masih mengizinkan pertemuan kita semua. Semoga semuanya dirahmati ALLAH, mendapat redhaNYA.
Doa dan harapan, semoga sahabat sekalian sihat walafiat, aminn.
Perkahwinan.
Bukan sekadar penyatuan dua jiwa, bahkan ia adalah lebih daripada penyatuan dua buah keluarga yang berbeza asuhannya, dua buah keluarga yang jauh caranya.
Disaat lafaz "aku terima nikahnya" ditutur oleh seorang lelaki, dan disahkan oleh para saksi.. Maka segalanya yang berkaitan dengan seorang muslimah adalah menjadi tanggungan si suami.
Disaat itu, terkunci segala rahsia si suami didalam pengetahuan si isteri sahaja. Yang baik atau buruk, perlu dijaga sebaiknya.
Disaat kamu menyatakan kesanggupan untuk menerima pasangan, kamu bukan saja perlu bersedia untuk menerima dia, tapi juga perlu bersedia untuk menerima keluarganya, sahabat-sahabatnya dan semua yang berkaitan dengan dirinya.
Dua insan yang dididik dengan cara yang berbeza, akan disatukan dalam sebuah kehidupan. Dua insan yang berbeza identitinya akan disatukan dalam sebuah keluarga. Dua insan yang berbeza akan berfikir tentang halatuju sebuah keluarga yang bakal dibina. Dua insan yang berbeza.. mengejar satu matlamat. Dua insan yang berbeza... Menuju satu destinasi.
Bukan hanya tahu mencari yang terbaik, TAPI PERLU JADI YANG TERBAIK!
Kalau redha jadi matlamat, carilah jalan yang diredhaiNYA.
Hidup bukan hanya perlu tahu menerima, tapi kenikmatan memberi itu jauh lebih bermakna.